Thursday 18 April 2013

imissyou .

imissyou . imissyou . imissyou . imissyou . imissyou . imissyou .


aku : orang tak tahu nak balik ke tak cuti ni . sakit kepala dah pikir . pakcik nak suruh orang balik tak ?
pakcik : balik laaa . tapi tak paksa .
aku : orang tak tahu . bagi la pendapat .
pakcik : balik laa . boleh suap suap makanan lagi ! aku gelak gila gila dalam hati
aku : okayyy ! nak balik lah . hahhahahaha !
pakcik : amboii excitednya 
aku : biarlah . dari tadi lagi sebenarnya nak balik . sampai rasa nak nangis .
pakcik : kenapa nak balik sangat ? hehe dengan nada gedik 

eleh . perasan lahhh tuuuu ! kahkahkah . tapi memang betul pon nak gi jumpa pakcik . :3

p/s : rindu kat umi , papa , najmi , nabil dan nayli jugak ! dan nadia !! rasa bengkak bernanah je hati ni sebab rindu sangat nak balik even baru je balik . sobsobsob :'(


Wednesday 17 April 2013

seorang remaja ditahan dan dipenjarakan setahun . ya ! kau memang layak untuk itu !




KUALA TERENGGANU - Seorang adik tergamak mengamuk dengan merosakkan peralatan di rumahnya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), gara-gara berang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi oleh abangnya.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Hilmi Roslan, 23, dari Taman Perumahan Gong Badak 4, di sini, menerima pembalasan selepas dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Hilmi mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecahkan pinggan mangkuk kaca dan cermin almari dengan menyebabkan kerugian sebanyak RM500 di Taman Perumahan Gong Badak 4, di sini, kira-kira jam 10.50 pagi, pada 7 April lalu.

Selain itu, Mohd Hilmi mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu mengamuk dan memecahkan peralatan yang ada di rumah bagi menakutkan Muhammad Zamri, 27, di alamat, waktu dan tarikh sama.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Bagi setiap pertuduhan, Rozianti menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan memerintahkan kesemua hukuman berkenaan dijalankan secara berasingan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Hilmi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Hilmi menghantar SMS kepada mangsa mengatakan dia mahu mengamuk dan memecahkan peralatan yang ada di rumah.

Sebaik sampai, mangsa mendapati bahagian ruang tamu dan dapurnya dipenuhi serpihan kaca sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak.

Susulan laporan dibuat, Mohd Hilmi ditahan sepasukan polis di tepi jalan Perumahan Gong Badak 4, di sini pada 11 April lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan seorang lelaki bertindak mengugut mahu mencederakan ahli keluarganya dengan parang selepas berang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Sinar Harian 17 Apr 2013



*************************************************************************************

Rabu , 8.30am

N : alhamdulillah . pagi pagi dah dapat good news . 
N : babe , baca harian metro
aku : why ?
N : emi dah masuk jail . a year :)
aku : OMG !!!! Babe ! What a blessing day ?! alhamdulillah .


N : " Papa tak puas hati orang gila tu kena jail setahun jek. Bersyukur plisss. ☺ "


aku : " And now he was in a jail ! Alhamdulillah . Thanks Allah for this awesome news ! "




aku mengenali si pesalah . dan salah seorang manusia yang sangat aku sayangi sangat mengenali si pesalah . aku bersyukur dia sudah menerima balasan walaupun tidak setimpal . tak apa . jika dia tak menerima balasan yang setimpal di dunia , pasti ada balasan untuknya di akhirat kelak . dunia ni adil . what goes around comes around . Allah itu Maha Adil . semoga semua mimpi ngeri akan berakhir . sudahlah . kami penat dengan semua ini dan aku penat melihat orang yang aku sayangi tersiksa .

to emi ; aku doakan kau berubah . tak ada guna kau dengan perangai sebegitu . aku harap kau berubah dan aku harap setahun lagi , kau menjadi manusia . si dia dah maafkan kau . jadi , aku harap kau bersyukur dan berubah .

Tuesday 16 April 2013

toink toinkk

assalamualaikum . mengumumkan ketibaan Datin Nur Liyana Balilah bt Muhd Jasni masuk ke dalam untuk mengupdate blog . dah 3 hari dah update blog nyahh . faktor ? infinity much ! kikiki . busy , busy , busy dan line yang lagi lembab dari siput sedut patah kaki . eh ? siput sedut ada kaki ke ? ouhh . tiada tiada .
inilah bahana otak tingtong .

jadinya , alkisahnya . esok kami akan ke RTM ( PerlisFM ) . nak gi ngorat DJ kat situ ? heh . tak kuasa aku . pakcik sayang nak letak mana ? kuikuikui . kami ke sana sebagai wakil Kelab Penyiaran UniMAP untuk melihat dan mempelajari teknik teknik serta skill DJ DJ disana mengendalikan konti serta segmen segmen mereka . walawehhh . ayatt ! habis skema ! hikhok .

why just Perlis FM?
like hekeleh . step by step la . kami berada di perlis so kami akan kesana dulu lah .
InsyaAllah jika tiada aral melintang kami akan ke HotFM next month . awww awww ! nak gi jumpa AG yawww . mohon timbul hasad dengki . kahkahkah . aku minat AG tuu tau tau .

*tapi sampai sekarang kertas kerja aku HEPA tak luluskan lagi acano ? sobsobsob. tension jadi pengarah program ni ! :'( *



comelkennn kennnn

homaigaddd homaigaddd ! cairrr ! kbai

*******************************************************

how's life ? alhamdulillah . sangat bagus :) walaupun busy , banyak masalah , hati aku tenang . setiap kali pakcik call , rasa macam hilang semua masalah . bunyinya macam cliche . tapi tulah perasaan aku sekarang . 
makin lama , makin jiwang pulekss aku ni -___-
*dush dush . tumbuk muka sendiri*

hmm hmmm lately , pakcik makin kerap call . dah sampai 4-5 kali sehari . angau eh ? kahkahkah
fulamak fulamakkk . suka gilo den . kehkehkeh .

aku      : rindu makcik tak harini ?
pakcik : mestilah . bukan harini je . esok , lusa , tulat , tubing
aku      : sampai bila ?sampai 28hb eh ? hikhik
pakcik : sampai hujung nyawa 
aku : nak pengsan jap ni 

fulamekkk . mahu luruh jantung gua . kehkehkeh

benda yang paling kau suka tentang pakcik ? semua . walawehh . sweet tak aku ? haha .
pakcik sangat caring . sangat pandai ambil hati dann paling penting , sangat kelakar . berdekak aku tiap kali otp dengan dia . kahkahkah ! pakcik takkan pernah lupa tanya aku sihat tak ? setiap hari okay . pastu aku suka dengar dia membebel . haha . sebab dia bebel bila aku makan lambat , tido lambat , tak cukup rehat dan bermacam macam lagi . kahkahkah . malam tadi baru je aku cakap kat tot yang aku sangat suka bila pakcik kejutkan aku bangun subuh even tak setiap hari . tiba tiba pagi tadi pakcik kejutkan aku . begitu hebatkan telepati hati kami ? 

setiap kali aku penat dan susah nak bangun tapi ada hal penting pada hari tu , mesti pakcik akan kejutkan aku . padahal aku suruh ponggg :')

don't you think he is really sweet guy ?
sayang . i willl never let you go :)


p/s : pakcik , mohon balik cepat . tak sabar nak pos hadiah ni . hekhek :p








Saturday 13 April 2013

yes you make angau my dear :)



you make me angau's lyric



inilah manusia yang bertanggungjawab buat gua angau . 


Tidak terungkap the way i feel for you oh sayang
With just a smile, u get me high i don't know why,
Apa you buat, sampai i fall so deeply for you,
Its crazy i know, how things kept pushing me to you.


I know it's corny and a little cliche, but its what u do to me,
U really make me lose control,
The look in your eyes make me weak on my knees,
But im not afraid cause i know that youll always be there to hold me when i fall.



You caught me off guard, sayang i cant stop once i've started 
You have breached into my strongest defences
You pulled me out of the glum while i was sinking
I was a mess and immensely depressed, until you came to me



You have brought, the shy and giggly blushing gedik little girl out of me,
The side i thought was gone forever,
And bila i think of you, i cant help but type in sappy smiley faces and i almost want to laugh in acronyms (which makes me sick btw)



You took me in, you did your very best
Knowing i was holding back out of fear
Built up by jerks who came before you
And that's when i knew that no one will ever understand me the way that you do,
You are the best i ever had.


hello perlis :)

assalamualaikum . salam sejahtera , salam satu Malaysia , salam sedekad gemilah . UniMAP dihati . kahkahkah . tebiat apa benda aku ni ? tulah . dah sampai ke unimap , jadi semangat unimap pong menjelma . herherher . alhamdulillah dalam pukul 6.20pm tadi dah sampai ke Kangar :) . laju gila woii pakcik bas tu bawak . dah la tak berhenti solat zohor . kebulur aku dalam bas tu . sampai rasa nak muntah . balik pulak kedai tutup . tunggu nadia belikan makanan , last last nadia suruh siap . dia datang amik then gi makan sekali sebab takot balik lambat . 
luckily aku ikot . kalau tak pukul 11 baru dapat makan -______-



harini pakcik call sampai 6 kali yawwww !! 6 kali paham tak ? dan dia bukan di darat okayy . terkejot aku dibuatnya . dah la setiap kali call tu , lama jugak kitorang bergayut . kikiki .

mula mula pakcik call kejutkan bangun subuh . semangat aku bangun bersiap nak gi naik bas . *padahal dalam hati meronta ronta taknak balik perlis .
*suka sangat kalau pakcik kejutkan solat subuh . penyayang gila . haha :p *

lepastu time aku baru naik bas , pakcik call lagi . 9.13am . sebelum pakcik masuk kerja . 
terharu :')

pukul 12.48pm pakcik call lagi . masa ni memang lah aku tahan gelak sampai senak perot . boleh pulak dia buat kelakar time aku dalam bas . rasa nak tumbuk tumbuk je muka pakcik -______-

6.40pm pakcik call lagi ! time tu dalam bas unimap . otw nak balik wang ulu . sekali lagi dia buat aku tahan gelak . ya Allah . pakcik ni memang nak kena ! dah laa aku lapar gila . boleh lagi dia bercerita pasal makanan -_____-

8.15pm pakcik call lagiiiii ! 
aku memang gelak je tengok no naik . kenapa ? laaa . sebab angau laa . kahkahkah
kata pakcik , nak buat kenduri depan mydin . senang nanti . senang nak panggil orang . hahaha !
kali ni aku bantai gelak gila babun punya ! sebab dah kat rumah . sorang sorang pulak tu . hekhek :p

last call pukul 10.32 . time ni tengah mencuba habiskan makanan kat kedai makan . dah tak larat nak makan sebab perot dah masuk angin . baik cakap ngan pakcik . lagi kenyang *ni gedik gila*

pakcik , you took me in . you did your very best . you make me high . ily deeply in my heart :)

Friday 12 April 2013

malam terakhir di rumah :'(

assalamualaikum . 
*krohh krohhh*
okay fine. tengah sedih ni . sedih ni . apahal ? yelahh . harini last day duduk terengganu . esok 9am dah nak baik bas balik Perlis . yeah Perlis . Negeri ke14 yang terbesar di Malaysia tuu . LOL -___- 
jadi esok timbunan kerja akan menyelubungi hidup aku .

oh ya , untuk menghilangkan rasa sedih dan seteghesss aku tu , ze cousins telah datang untuk menghiburkan hati . kami gi datingg yawww . dating iollsss . Nadia datang pagi betei . hekhek . dan seperti biasa ! dia datang dengan seguni makanan untuk adik adik -___- . dannn!  aku dapat 2 eyeliner baru ! hekhek . 
after makn sate yang banyak itu , kami berangkat ke Giant . iyolahh . mano laei nak poei ? kat ganu tu habis habis , Mydin Mall . kahkahkah . kami jalan jalan dan jalan lagi . semua kedai nak singgah . hasilnya ,,,,,,

tadaaaa . bag baru . woot wootttt . merah mak ngahhh . nadia punya warna cream :)

pergi membeli belah sakan haa tadi . nadia lah yang sakan nyaa . kahkahkah . nadhirah beli baju sampai 4 helai -____- najmi pongg kemain beli seluar ngan baju . aku je yang beli bag dan makanan je . kahkahkah .

ze baju is matching with ze new bag . kihkihkih
*gambar ni kat tepi TTC*

balik tu , aku ponggg memotong rambut nadia . jadi hair styler dan buat henna kat tangan umi , nadia , nayli dan kak tie . lepastu memanglah kan .bila aku nak pakai , takdo orang nak buekkan . demmm -__-
time tengah shopping dalam Giant tu , pakcik call :)
pukul 12.48pm . kahkah . rasa physco semacam je cenggini . 

lepas maghrib , paskcik call lagi . tepat 8.00pm . hikhik . ni apahal gedik sangat aku ni ?? 
emm . yelah . pakcik cakap ILY tadi . kahkah. aku pulak yang malu nak tulis . 
okayy melting . haha

lastly , 9.39pm pakcik call lagi . sedih betol . dah nak balik dah . nanti mesti kami lagi jauhh . haih . takpelah pakcik . jauh dimata , dekat dihati . hekhekhek .
dan pakcik cakap , kalau rajin , nanti dia datang perlis . yeayyyyyyyyy ! :D
makin lama , makin sayang :)

p/s : makcik pon rindu pakcik . 


Thursday 11 April 2013

seteghesss :(

assalamualaikum .

adakah anda tahu apa itu seteghesss ? like hekeleh . stress lah woii . stress . whoaaaaaa . damn -,- . emm . acctually terlalu banyak kerja yang tertangguh ni . cuti ni memang planning nak buat tapi takde mood . takde mood langsung nak buat semua benda tu . oh maynnnn , what to do ? what to do ? haihh . cuti , cuti lah . lebih baik spend time dengan umi , papa , adik adik dan pakcik :) ehem . kerja apa ? ni diaaa



1- skrip dokumentari untuk Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM)
2- skrip filem pendek FFVPM
3- settlekan Program Lawatan UnimapFM dan Kelab penyiaran ke HotFM dan UFM
4- assignment physical chemistry
5- poster untuk Bahasa Malaysia Universiti
6-  program Kampus Lestari time on air jumaat depan
7- cultural night . kena ready untuk kelab seni lakon dan kreatif dan kelab penyiaran .
8- lots of assignment......................

motif gambar ?
tidak dapat dikesan 

whoaaaaa . rasa nak nangis tak ? ada lagi yang lain . cuma yang ini agak urgent . stress punya stress , aku pon relaks . lepastu ianya end up dengan tidur . otak aku letik sangat berfikir sampai aku asyik tidur je . wakaka . satu kerja pongg tak jalan . dan aku pon makan banyak . naga . nak buat macam mana . wkwkwk

mungkin mengerti dengan kesetegessan aku akhirnya pakcik call . mula mula pakcik call 6.39pm.obviously la suara dia sangat penat kan .

after aku mandi dan siap siap solat . suddenly ;

" dear god , the only thing I asked for you is hold her when I'm not around when I'm much to far away "
*ringtone*

*angkat call*
pakcik : miss you makcik .
aku : apa ?
pakcik miss you makcikk
aku : haa ? apa ? ce kuat sikit
pakcik : MISS YOU MAKCIK
aku : ouhhh. hehe . saje je :p

saje membuli pakcik dan saje nak dengar words tu . kahkahkahkah . jahat woih aku .

borak borak sikit je :)

9.34pm pakcik call lagi . nampak tak kerinduan dia ? kahkahkah . ceittt . perasan .
aku tahu pakcik penat . aku dengar suara dia pon aku tahu dia sangat penat . jadi aku taknak lah cerita keseteghessan aku tu . apa aku buat ? aku mengarut . gelak gelak . menceriakan keadaan . supaya dapat legakan sikit kepenatan pakcik tu . tak banyak , sikit pongg takpe . eheh . :p

ouhh ! petang jumaat . means petang nanti lah ,, TERENGGANU vs JDT kat sini woiiiiii ! nak gi tengok . boleh je gi ngan sepupu sepupu aku . tapi , hmm . takde mood . kalau pakcik ada , boleh gi ngan pakcik . wakaka . dah lama aku berangan nak gi tengok bola dengan someone special . wahhhh . camtuhaa .
k dah melalut . KBOIII .

nampak tak semangat bola pakcik ni ? nampak takkkk ?
ultras terengganu teruhhh .  ♥
*gambar 2011 , gambar curi*
sekian .

p/s : banyak masalah ? sabar dan solat . insyaAllah hati akan tenang . :) 

Wednesday 10 April 2013

lagi 18 hari :)

assalamualaikum .

hoyeah hoyeah . harini bangun dengan penuh semangat . guess what ? pakcik call aku subuh tadi . pukul 6.07am pakcik kejutkan . katanya lepastu ada meeting . gila awal woi meeting ! :O. hekhek . terus bangun , mandi , solat dan tak tidur langsung dah . semangat sangat . kahkah . jadi hariku bermula dengan mencari makanan di dapur . breakfast ape eh tadi ? ouh sosej . wakaka . lepas tu lepak lepak dan proceed dengan assignment physical chemistry .

hampeh punya dr hyder . diam diam dia upload assignment . dah laa susah . bukak je notes , aku ternganga , garu kepala . bosan sangat , aku gi makan chocolate . heh , makan je tahu . naga lah katakan .

tengah hari tadi tolong umi dan papa masak nasi ayam . kata umi , persediaan sebelum kahwin . hekhek . rasa nak lempang je muka aku time tu . gatal nak mampuih .


tadaaaaaa . sedap kan kan kan ?

soalan : dah lulus ke belom ni ? :p

punyalah banyak aku makan . nasi mangkuk ni . ayam tak payah cakap laa . berketul ketul . pastu nak gi solat mulalah senak perut . kihkihkih .

ouh ya . pakcik call pukul 12.48pm tadi . tak sempat nak angkat :'(
pakcik pon satu . awal sangat call . hehe

petang tu , setelah penat bermain bersama Nabil , Nayli dan Shamil , aku pongg tidur . krohhh kroohhhh . 

pastu pakcik pon call lagi pukul 7.41pm , 9.05pm dan 10.20pm . 

amik kauuuu ! meroyan sangat pakcik tak call . 4 kali call haa !
sumpah tak aspect kot . pakcik dah banyak ceriakan aku . walaupun nanti time pakcik balik , aku ada kat perlis , takpe . aku tetap bahagia :)

aku : pakcik cakap nak lukis gambar makcik . goodnight . jangan lupa lukis gambar . :)
pakcik : takpe lah . tak nak lah lukis . nanti tak cantik .
aku : takpe . kak ton kannn .
pakcik : lukis dalam hati lain :)
aku : okay nak pengsan jap
pakcik : ehh , jangan pengsan . orang duk jauh . susah nak hantar gi klinik 
makcik : hikhikhik

*pengsan . kbai .

p/s : walaupun obviously suara pakcik kedengaran tersangatlah penat , tapi dia sedaya upaya nak ceriakan aku . thanks sayang :')

Tuesday 9 April 2013

hari ketiga lebih mencabar :)

assalamualaikum . kum apa ? kombat . bat apa ? bat man . man apa ? mentol . tol apa ? tolak . lak apa ? lakse . se apa ? sepak . pak apa ? pakcik . pakcik apa ? pakcik sayalah . kahkahkah . ini dinamakan meroyan mengikut kreativiti ya tuan tuan dan puan puan . alhamdulillah aku masih bernyawa pada hari ini . bangun pagi je , tengok phone . like hekeleh . kau nak aspek apa ? tengok jam lah . nak subuh woi . *hakikatnya mengharap muncul keajaiban dapat text dari pakcik . kahkahkah .

okay liyana . stop merapu .

ehem ehem . untuk menghilangkan gundah gelana di hati ini , aku ajak papa gi kedai makan pakcik baharin pada pagi ini . dah lama tak melantak nasi minyak kat sana . hohoho . aku makan banyak woii . sedapppp tahap infinity ! dengan ayam goreng bakar dia tu . perghh . ! boleh bawa mimpi woii . wkwkwkwk .
lepastu , kami singgah ke rumah cekngah . gi melawat pengantin baru . kakak ku itulah . ingatkan dah berubah . hampeh . sama je . masih tidur lagi ghupanyerrr ! kan dah kena bebel dengan aku . wakaka !

jadi harini kak tie dan anaknya syamil tidur rumah aku . hilang sikit meroyan aku. haha . tadi gi giant . beli chocolate . semalam kan mengidam .  

taraaaaaaaa . cedapnyewwww . hikhik :p

pakcik , tadi makcik tunggu kot kot pakcik call tengah hari . tapi sedih . tiada . tapi takpe. makcik paham pakcik busy kan . pakcik gi kerja . kann . jangan buat benda bukan bukan sudahh . hekhek .
hasil kesetiaan aku tak berenggang dengan phone dan menunggu pakcik call , akhirnya penantian berbaloi .

6.55pm;
pakcik : hellooo . makcik . buat apa ?
aku : tunggu pakcik call lah . *suara sedih 
pakcik : olololo . pakcik busy lah tadi .
aku : takpe paham :)

aku : pakcik , orang rindu sangat kat dia . 
pakcik : bukak lah facebook orang tengok gambar .
aku : hari hari bukak lahhh . haha .
pakcik : tak ehh , bukak lah orang punya .
aku : *tiba tiba aku terpaham sesuatu . whatt ? :O 

pakcik bagi password facebook dia . tanpa diminta . wahh . terharu sangat :')

pakcik : semalam tengok bulan tak ?
aku : mestilah tengok . pakcik ?
pakcik : tengok . tapi samar samar . nampak tak nampak jee . haha
aku : elehhh . samalah .
pakcik : orang tengok air laut jelahhh . dia tengok lah air laut gop .
aku : memang ada air laut pon kat sini
pakcik : gi jelahh tengok air dalam besen kat bilik air .
aku : -_______-

selepas itu , aku semakin bersemangat . haha

10.06pm pakcik call lagi . kali ini lebih lama dan privacy . lebih kepada bicara hati . tapi sememangnya kali ini aku merasakan sesuatu yang lain . lain . aku harap ini yang terakhir . aku harap dia yang akan jadi pembimbingku . entah kenapa secara tiba tiba aku terlalu berani . walhal aku sedar . perasaan ini dah lama wujud . cuma kali ini baru aku pasti . 


p/s : aku dah semakin pelik dengan diri aku . semakin lain . pakcik ada pesan 
        " belajar tu penting . focus . "

Monday 8 April 2013

hari kedua .

assalamualaikum .

aku bo bo bo bosann . aku bosann . dengan blablabla blablablablabla ~~



motif gambar ? tiada . ini tanda kebosanan .


Ya Allah bosannya . tak tahu dah nak buat apa . tengok tv ? bosan . tengok movie ? bosan . buat assignment ? tiada mood . makan ? dah . twitter ? dah dan bosan . facebook ? baru je post status 

 "lambat nya menunggu 28 April 2013 tiba . T.T " . 

message ? dengan siapa ? :O . pakcik takde . jadi phone pon tak berbunyi . kembalilah ke zaman asal :"(


harini pakcik call 2 kali . mula mula pukul 1.01pm tadi .


pakcik baru je lepas makan . tapi suara dia serak semacam . pastu sedih je aku dengar . hehe . rindu kite leteewwww . *perasan ! dush dush ! 


tengah hari ni pakcik makan nasi lauk daging . lepastu makan aiskrim . saje lah tu nak bagi aku terliur . pakcik ni pon satu hal . dah tahu batuk , sebok je nak makan aiskrim . dah laa malas nak makan ubat . tak bawak pongg ubat tu kelaut . geram betol aku . saje nak buat aku membebel . ishh . 

kahkahkah . kan makcik dah start bebel .

kata pakcik ;


" tahu tak orang dah rindu sangat sangat kat makcik . semalam lepas maghrib , pandang langit nampak muka makcik . pahtu gelak sorang sorang ." 


alahaii . so sweet tau kamu .


lepastu aku pulak menggedik ;


" kalau rindu , pandang laa bulan . kan kita pandang bulan yang sama . hikhik "


camtuhaaaaaa . geli mak nyahh . sejak bila ntah aku sesweet yang tahap geli geleman camtu . sampai tebiat ha . pakcik punya pasal lah ni -____-

tak pernah weh aku mencemar duli sampai cakap macam tu . haha .

*************************************************************************************************


pukul 7.08pm pakcik call lagi :


kali ni dengar suara pakcik macam lain . apa yang lain ? entahlaa . penat kot . sekejap je pakcik call . 3minit 8saat je . amik kau ! aku check segala call duration . kihkihkih . pakcik buat OT malam ni . kesian dia . mesti penat . bila ditanya ;


aku      : OT ? buat keje apa malam ni ?
pakcik : main pondok pondok je . tak buat apa pongg .

aku      : hahahahaha !
pakcik : gi tanya pulak . ishhh ! 
aku      : okay fine .haha .

ouh ya . ada keajaiban sedikit . pakcik makan nasi lauk ayam merah dengan sayur . diulangi . SAYUR ! haha . katanya tak makan sayur . entah laa -______-


lepastu pakcik cakap ada orang nak guna phone . last dia cakap " take care . assalamualaikum " . berat je hati aku nak letak phone . seberat bigfoot di hutan . cewahh gitu .


tengah rindu gila ni . dah laa nanti bila pakcik baik , aku takde kat tganu . lepastu bila entah boleh jumpa lagi . 

okay dah start rasa nak nangis . boleh tak nak tidur sampai pakcik call esok ? :(

kboiiii ~~ 


p/s: tengah pasang lagu kasih jangan kau pergi by pria band dan mungkin dengar sampai tertidur :(

Sunday 7 April 2013

si makcik tiada gigi dan si pakcik nyanyuk keluar jenjalan episod 1

Sabtu , 6 April 2013 :)
( ini cerita semalam )

aku : umi , malam ni I nak gi dating yaww .
umi : dating ? dengan sape ? ridzuan ?
aku : yelaaa . nama tu je yang disebut siang malam sekarang ni . hahahaha 
umi : pukul berapa ? nak gi mana ? tolong belikan daging sekali .
aku : lepas maghrib dia bertolak laa . orang nak gi dating , dia suruh beli daging pulak
 -____-


 konklusi , lulus ! malam ni boleh keluar . haha . umi sangat sporting nyahh . nah muahh untuk umi setepek . haha .

lepas maghrib boleh lagi aku main game dengan Nayli . tiba tiba ~~~


" sayang apa khabar dengan mu ? disini ku merindukan kamu ~~~ "


1 message received ;


ridzuan :) : pakcik dah keluar :)
aku          : okay . hati hati :)

~ REALITI ;
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! mati mati . tak siap lagi ni . belari gi gosok baju . speed bersiap boleh bawa maut nyah . gosok baju , siap siap . tonyoh lens , tepek tepek foundation , bedak , eyeliner , lipbalm . siappppp !

ouh , pakai tudung , betulkan sikit , seyum senyum depan cermin , berangan sikit , okay siap ! 

kahkahkahkah . berangan tu tipu . berangan kejadah apanya . hekhek :p

****************************************************************************

setelah beberapa halangan yang dilalui oleh pakcik sepanjang mencari rumah aku , akhirnya dia sampai . hekhek . nak kata first date , takde lah sangat sebab sebelum ni dah pernah keluar gi makan time kerja .
dah 3 kali dah keluar makan . ehem ehem . haha . 
tapi tapi , ni lain .
kali ni lain . so kira first la . hehe
kesian pakcik tak jumpa cari rumah makcik ni haa .
lama jugak laa menunggu . haha
sampai sampai aku membebel .
haha
" dia takpelaa duduk dalam keta ni sejuk . orang berpeluh peluh kat luar tadi tahu tak "
hikhikhik . lebih kurang gitu laa ayat nya :p

tahu tak aku punya pemalu duduk dalam kereta dah mencecah tahap infinity ?! bila pakcik pandang aku je , aku pandang luar tingkap , buat buat baca papan tanda , membebel dengan segala macam yang ada kat luar tu . haha . malu tahuuu . almaklumlah , dah 8 bulan tak bertentang mata . cewahhh giteww . hikhok .


tak tahu nak kemana , akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi makan ! hoyeah .

pusing punya pusing , penat cari tempat makan .
pusing lagi .
masih tak dapat decide nak pergi kedai mana . haha
akhirnya , pergi kat waterfront pulau kambing tu . haha
nak order pon satu hal .
lama gila sebelum nak order tu . itu lah , ini lahh . comel je pakcik pilih makanan . bhahahaha 
akhirnya keputusan di buat .

sunquick = 1

chocolate shake = 1
fish & chip = 1  .


gambar berikut adalah hiasan semata mata .


satu je ? kongsi ? yup . sweet kan ? hahahahahahaha ! cukuplah tu . tak baik tamak . homm :3  kalau azza, kaka, sal, nadia, tot, afy baca mesti dia maki aku . padahal sebelum ni selera naga ! kehkeh . sebab kami dah kenyang sebenarnya . tehehe . sebelum keluar , den dah melantak saru mc chicken ! muahaha . tengah makan pon bergaduh suruh habiskan makanan . makanan masih banyak . tapi kami sudah kenyang .

tiba tiba ! pakcik buat muka jahat , lepastu lepastu dia paksa aku makan T.T
dia suap aku . waaaaaaaaaaaaaaaaaaa . melting melting . malu okayy . gagagagaga ! 


dah dah . penat dah aku melting . selepas itu , kami pon ke mydin mall . gi beli barang dapur .


semasa ontheway ke sana , lalu depan KTS ( kuala terengganu specialist ) . pakcik pon bertanya ;


pakcik : nak beranak kat sini tak ?
aku : -____-
pakcik : beranak kat sini tak sakit . betol....
aku : hahahhaha ! cakap macam dah pernah beranak je .
pakcik : betol lah . tapi mahal laa . swasta kan . kalau kerajaan murah saje tapi .... (potpetpotpet)
             tapi takpelaaa mahal sikit pon . bukan beranak hari hari . haha ( ketawa buat buat )
aku : *speechless yaww . haha . pon boleh laaa . 

ada satu lagi ! 

pakcik : kat mana nak amik kursus kawin tu ?
aku : tuu . kat situ situ ! *dengan nada excited .
pakcik : horr ? dah jom r gi kursus esok . hekhek .
aku : nak kursus kat mana ? dalam laut ? -_____-

dia tak sedar diri agaknya ada berapa jam je lagi nak gi kelaut tu . haha

selepas settle membeli belah yang tak berapa nak terbelah -__- , kami pon pulang . part ni paling touching . aku taknak turun kereta . kahkahkah . okay memalukan . kboiiii :p


sebenarnya banyak lagi kisah kami tapi ada yang tak boleh cerita kat sini . cukuplah tersemat di dalam hati . cewahhh . dramatik kau nyahh . herherher


p/s : aku melting dan pemalu di dalam hati je okay . diluar aku cool . ehem . pura pura cool . haha :p

haih , dah lama tak rasa perasaan se natural ini . kahkahkah . 

aku nak upload bil kami semalam tapi tak boleh . usb cable tertinggal . T.T

pukul 7.00pm tadi pakcik call dari sana . suara dia sayu sangat . dengar macam lemah sangat . pakcik , please jangan macam ni . macam mana makcik nak kuat kalau pakcik macam ni . sampai 5 kali pakcik pesan , " jaga diri tau " . pakcik , kalau rindu , jangan lupa makcik dalam solat pakcik eh . 
fi hifzillah . 
ana uhibbuki fillah :')

hari pertama .

sekarang : 3.14PM

aku tengah buat apa ?
tengah bohsannnn . haha . tiada azza untuk dikacau . takde kaka untuk jadi gang mengacau . tiada wang ulu untuk dibosankan . err apakah ? haha


tiada pakcikku untuk teman aku yang gila + gedik + manja nak mampos ni .
hikhikhik . okay stop . dah meroyan lah ni . hekhek :p


last aku call pakcik 5.59am tadi .


masa tu pakcik baru je sampai airport . tengah nak get ready nak pergi laa .
tunggu pakcik call balik , last last aku tertidur balik . hehe .
nak pergi solat pon , belum subuh lagi . wakaka .
dan aku pun tidur .


krohhhh krohhh krohh krohhh 


*oh pehlis . aku tak berdengkur okay . gimik je gimik !
pakcik marah sangat aku buat bunyi gitu . tak senyonyoh katanya . hikhik
ehem . salah pulak . tu minyak senyonyoh . senonoh laa senonoh :p



suddenly ;
" hanya kerna kau yang cukup indah , untuk dimiliki , dan tuk dicintai . ku tahu kau mahu ada dihati .."


ouhh ! pakcik call . hekhek . sedap pulak aku melayan lagu .
pakcik dah nak gi dahhh . telikopter dah sampaiii .
ehhh , tu doraemon punya . maksud aku helikopter . 


jadi pesanan last si pakcik sebelum terbang *terbang yaww ,


" take care . nanti pakcik sampai , pakcik call "


haaa . gitewww . dalam hati aku cakap "ily pakcik" . dalam hati je okayyy . ego sikittt . kehkehkeh :p


dan selepas solat aku tidur balik . dan tidur dan tidur . bosan . takde orang nak paksa aku bangun .
adik adik semua gi sekolah .


*bosan lah sangat . skrip untuk dokumentari dan filem pendek FFVPM tak buat lagi !! hikhok .
okay byeeeeeeeee .




bila bosan nilaa keje aku . melantak .  yelaa . naga . nak buat macam mana kan .
kboiiiiiii :p

p/s : sayang sayang ku sekalian , fi hifzillah :')





Saturday 6 April 2013

kali ketiga .

3.39AM :

pakcik baru je tidur . 
untuk harini . kesian dia penat .
pakcik dah otw ke airport .
dah nak pergi untuk kali ketiga .
kali ni mesti betul betul jadi .
dah takde nak balik semula macam haritu .
bukan macam masa mula mula tu .
dia balik tiba tiba . time aku tengah meroyan . 
tiba tiba dapat message .
kali kedua pon sama . 
meroyan sampai takde selera nak makan nasi .
tapi tiba tiba dia call time aku ontheway nak pergi meeting .
terus selera nak makan .
tapi time tu perut dah masuk angin .
esoknya , aku sakit teruk .
kesian azza , kaka dan anis . diorang terpaksa jaga aku .
padahal aku yang salah .
degil sangat taknak makan .
kesian kat pakcik jugak sebab buat dia risau gila .
hmm . jadi lepas ni aku janji aku tak buat macam tu lagi dah . aku janji akan jaga diri aku .
supaya nanti , aku tak susahkan hati pakcik yang jauhhh tu .
supaya time pakcik balik nanti , aku boleh teman dia .
kalau ikutkan hati , aku taknak tidur . nak tunggu sampai dia dah nak naik helikopter .
sebab nanti kalau time pakcik call , aku tak sedar macam mana ?
hehe . pakcik , kite tunggu pakcik ni :p



p/s: kite tunggu pakcik balik 28-4-2013 ni :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...