Wednesday 17 April 2013

seorang remaja ditahan dan dipenjarakan setahun . ya ! kau memang layak untuk itu !




KUALA TERENGGANU - Seorang adik tergamak mengamuk dengan merosakkan peralatan di rumahnya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), gara-gara berang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi oleh abangnya.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Hilmi Roslan, 23, dari Taman Perumahan Gong Badak 4, di sini, menerima pembalasan selepas dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Hilmi mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecahkan pinggan mangkuk kaca dan cermin almari dengan menyebabkan kerugian sebanyak RM500 di Taman Perumahan Gong Badak 4, di sini, kira-kira jam 10.50 pagi, pada 7 April lalu.

Selain itu, Mohd Hilmi mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu mengamuk dan memecahkan peralatan yang ada di rumah bagi menakutkan Muhammad Zamri, 27, di alamat, waktu dan tarikh sama.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Bagi setiap pertuduhan, Rozianti menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan memerintahkan kesemua hukuman berkenaan dijalankan secara berasingan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Hilmi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Hilmi menghantar SMS kepada mangsa mengatakan dia mahu mengamuk dan memecahkan peralatan yang ada di rumah.

Sebaik sampai, mangsa mendapati bahagian ruang tamu dan dapurnya dipenuhi serpihan kaca sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak.

Susulan laporan dibuat, Mohd Hilmi ditahan sepasukan polis di tepi jalan Perumahan Gong Badak 4, di sini pada 11 April lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan seorang lelaki bertindak mengugut mahu mencederakan ahli keluarganya dengan parang selepas berang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Sinar Harian 17 Apr 2013



*************************************************************************************

Rabu , 8.30am

N : alhamdulillah . pagi pagi dah dapat good news . 
N : babe , baca harian metro
aku : why ?
N : emi dah masuk jail . a year :)
aku : OMG !!!! Babe ! What a blessing day ?! alhamdulillah .


N : " Papa tak puas hati orang gila tu kena jail setahun jek. Bersyukur plisss. ☺ "


aku : " And now he was in a jail ! Alhamdulillah . Thanks Allah for this awesome news ! "




aku mengenali si pesalah . dan salah seorang manusia yang sangat aku sayangi sangat mengenali si pesalah . aku bersyukur dia sudah menerima balasan walaupun tidak setimpal . tak apa . jika dia tak menerima balasan yang setimpal di dunia , pasti ada balasan untuknya di akhirat kelak . dunia ni adil . what goes around comes around . Allah itu Maha Adil . semoga semua mimpi ngeri akan berakhir . sudahlah . kami penat dengan semua ini dan aku penat melihat orang yang aku sayangi tersiksa .

to emi ; aku doakan kau berubah . tak ada guna kau dengan perangai sebegitu . aku harap kau berubah dan aku harap setahun lagi , kau menjadi manusia . si dia dah maafkan kau . jadi , aku harap kau bersyukur dan berubah .

2 comments:

  1. kawan ke?? cian..raya lam jail je thun ni..smoga insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan yang tak macam kawan sangat . hehe . hmm . biarlah dia . semoga dia jadikan ni sebagai pengajaran . setahun tu dah cukup sikit utk dia . aminnn . semoga dia insaf :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...