Sunday, 7 April 2013

hari pertama .

sekarang : 3.14PM

aku tengah buat apa ?
tengah bohsannnn . haha . tiada azza untuk dikacau . takde kaka untuk jadi gang mengacau . tiada wang ulu untuk dibosankan . err apakah ? haha


tiada pakcikku untuk teman aku yang gila + gedik + manja nak mampos ni .
hikhikhik . okay stop . dah meroyan lah ni . hekhek :p


last aku call pakcik 5.59am tadi .


masa tu pakcik baru je sampai airport . tengah nak get ready nak pergi laa .
tunggu pakcik call balik , last last aku tertidur balik . hehe .
nak pergi solat pon , belum subuh lagi . wakaka .
dan aku pun tidur .


krohhhh krohhh krohh krohhh 


*oh pehlis . aku tak berdengkur okay . gimik je gimik !
pakcik marah sangat aku buat bunyi gitu . tak senyonyoh katanya . hikhik
ehem . salah pulak . tu minyak senyonyoh . senonoh laa senonoh :p



suddenly ;
" hanya kerna kau yang cukup indah , untuk dimiliki , dan tuk dicintai . ku tahu kau mahu ada dihati .."


ouhh ! pakcik call . hekhek . sedap pulak aku melayan lagu .
pakcik dah nak gi dahhh . telikopter dah sampaiii .
ehhh , tu doraemon punya . maksud aku helikopter . 


jadi pesanan last si pakcik sebelum terbang *terbang yaww ,


" take care . nanti pakcik sampai , pakcik call "


haaa . gitewww . dalam hati aku cakap "ily pakcik" . dalam hati je okayyy . ego sikittt . kehkehkeh :p


dan selepas solat aku tidur balik . dan tidur dan tidur . bosan . takde orang nak paksa aku bangun .
adik adik semua gi sekolah .


*bosan lah sangat . skrip untuk dokumentari dan filem pendek FFVPM tak buat lagi !! hikhok .
okay byeeeeeeeee .




bila bosan nilaa keje aku . melantak .  yelaa . naga . nak buat macam mana kan .
kboiiiiiii :p

p/s : sayang sayang ku sekalian , fi hifzillah :')





Saturday, 6 April 2013

kali ketiga .

3.39AM :

pakcik baru je tidur . 
untuk harini . kesian dia penat .
pakcik dah otw ke airport .
dah nak pergi untuk kali ketiga .
kali ni mesti betul betul jadi .
dah takde nak balik semula macam haritu .
bukan macam masa mula mula tu .
dia balik tiba tiba . time aku tengah meroyan . 
tiba tiba dapat message .
kali kedua pon sama . 
meroyan sampai takde selera nak makan nasi .
tapi tiba tiba dia call time aku ontheway nak pergi meeting .
terus selera nak makan .
tapi time tu perut dah masuk angin .
esoknya , aku sakit teruk .
kesian azza , kaka dan anis . diorang terpaksa jaga aku .
padahal aku yang salah .
degil sangat taknak makan .
kesian kat pakcik jugak sebab buat dia risau gila .
hmm . jadi lepas ni aku janji aku tak buat macam tu lagi dah . aku janji akan jaga diri aku .
supaya nanti , aku tak susahkan hati pakcik yang jauhhh tu .
supaya time pakcik balik nanti , aku boleh teman dia .
kalau ikutkan hati , aku taknak tidur . nak tunggu sampai dia dah nak naik helikopter .
sebab nanti kalau time pakcik call , aku tak sedar macam mana ?
hehe . pakcik , kite tunggu pakcik ni :p



p/s: kite tunggu pakcik balik 28-4-2013 ni :')

Tuesday, 2 April 2013

tetap bertahan .





Tak pernah ku sangka Tak pernah ku duga
Kita kan berjumpa Dan telah bersama
Disiang malam aku Memikirkan kamu
Siang malam kamu Terfikirkan aku
Kita menyatu…

Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…

Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali

Jangan marah bila ku tak datang bila
Ku tak pulang bukan ku tak sayang
Kumohon kau jangan marah karena
Akan datang waktu ku tak pulang waktu
Ku tak datang.

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…

Cobalah tetap bertahan
Dan coba terus bertahan
Sampai hari nanti sampai ku kembali



Sumber :
 http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-tetap-bertahan-wali.html#ixzz2PNYcPSit

hari kedua

harini hari kedua si pakcik pergi .

pakcik cakap nak call ?

semalam makcik tunggu sampai tertidur .

tapi takpelah .

makcik paham .

pakcik mesti busy kan .

mesti penat buat kerja .

takpe .

makcik paham .

tapi memang makcik tengah tak larat sangat ni .

badan lemah .

masalah banyak .

dah laa sedih pakcik pergi .

harap pakcik tak lupakan makcik .


percaya

awak .

entah kenapa .

tiba tiba je .

tiada persoalan .

tiada persetujuan .

tiada ikatan .

tapi .

masing masing percaya .

dan hati tetap percaya .

dan tenang .

hati kata ya .

semoga ini yang terakhir .



saya caye ke awak
awak caye ke saya
jangan berbagi kasih
tak baik ~hahahaha~ :D "




" awak jangan risau . selagi awak percayakan saya , saya percayakan awak .
saya takkan rosakkan kepercayaan tu dan harap awak pon sama :)

*ayat kemainn dramatik :p "





Ana uhibbuki fillah



Saturday, 2 February 2013

satu minggu , satu entry

assalamualaikum


hai.

hihihihi

seram tak ?
seram tak ?

 tuan blog puaka datang ni .
haha -,-
berjeman baru nak update .

hye . hello . selamat petang warga dunia . eh ? apa ingat ada omputih nak baca ? 
mana diorang paham -,-

lama tak update blog?

ya . 

MALAS

malas dan malas dan malas dan malas lagi

sehubungan dengan itu , aku telah berazam . satu minggu , satu entry . 

dah macam PM pulak aku . kihkih

ececeh . mohon percaya .
taknak percaya ? sekeh kang !
aku gangster tau .

ehem ehem *batuk datin

buat pengetahuan anda , saya Ir. Nur Liyana Balilah bt Muhd Jasni telah terpilih untuk
 melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Perlis .

 *ayat bajet nak gempak je*





''eleh , UniMAP je . nak berlagak ''

eh hello , mana ada aku berlagak ? bila dan dimana ?

hak berblog ! hak aku !

emo pulak . kahkahkah

aku kat UniMAP ambil course Kejuruteraan Kimia Teknologi ( Bioteknologi Industri )

atau nama omputihnya 

Chemical Technology Engineering (Industrial Biotechnology )

eceh . nama nak gempak je kan . muahahaha *gelak datin 

aku kan bakal engineer . 
wakaka

*comel kan logo UniMAP ? eh ? haha*


susah ? eh . mana ada susah

payah je -,-

belajar . mesti lah susah kan kan . sapa yang cakap belajar senang ?

meh sini otak dia aku nak buat sup . 
aku makan otak dia , aku hirup penuh nikmat . aku kunyah walaupon liat . aku cucuk cucuk dengan garfu .

kahkahkah .
physco . 

-,-

okay yana . stop mengarut .

aku happy duduk sini . Kolej Kediaman aku di Wang Ulu , Bintong . dekat je dengan Kangar .
10 minit je . walaweh !!

apa ada kat Kangar ?
tak tahu ?
LOSER .

kat Kangar ada ,
 Dominos , 


Shopping Mall gedabak besar , ada panggung 5 hall ,


ada Vivo nyum nyum ,


 ada Auntie Anne's ,


 ada Starbucks , 


ada tempat nak ber - ice skating .


bhahahahaha

itu sudah lebih
okay fine
tu semua aku tipu .

Dominos tu je yang betol
-,-'

sedih

TAPI !

kitorang ada Ainan Tasneem 
taraaa . .


aku dan dia duduk satu Kolej Kediaman lagi
pernah naik satu bas . *banyak kali

DAN pernah kongsi bilik make up lagi time aku buat pementasan
Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 haritu

kahkahkahkah


*pic ni dia ambil kat Dragon . kat sini laa kuliah kami . 
Mostly student dari Pusat Pengajian Bioproses je ada  kuliah atau lab kat sini *

ni apahal aku batak sangat ni ? kihkihkih
okay sorry

saja nak bagi jealous .

ouh . apahal tak pernah snap pic dengan dia eh ?
tak pernah terfikir pulak .
takpe . nanti terserempak after kuliah aku snap pic dengan dia eh ? eh ? hahaha

ihsan gambar dari En Google dan koleksi peribadi Ainan Tasneem Ridzuan 

dah la . penat merapu . esok nak pergi KL . 
teman Nadia interview kat Malaysia Airport Holding Berhad .
tak tahu ?
gi Google .
tak tahu Google ?
baling laptop / tablet PC / phone / iPad anda sekarang

bye

cinta hatimu ,
jenab surihani

p/s: tapi kami ada Melati Bakery kat Beseri . Roti roti dia sedapppppp :')

Friday, 29 June 2012

dulu aku nakal.

assalamualaikum.




tiup sikit. **fuhhh
haa. bapak banyak habuk kat blog ni. pergh. last post berbulan bulan yang lepas. hehe.

aku busy.

actually takde laa busy sangat. tapi MALAS. 
tengah cuti laa katakan. cuti laa puas puas. 
ouh "kolej matrikulasi negeri sembilan", aku sangat merinduimu. 
rindu nak makan ikan keli dengan tempe makcik kafe A. rindu nak lepak ngan kmns-ian. :"(

okay, berbalik kepada topik. *jauh melencong.



HIJRAH?

lain orang lain definition kan? hijrah banyak kategori.
tapi bagi aku, tak kira ape ape pon,
 hijrah ialah perubahan dari kurang baik kepada lebih baik or baik kepada penambah baikan.
 paham tak?

aku bukan nak ceramah. tapi ni tentang aku.

DULU, aku nakal. *sekarang pon.
DULU, aku tak pernah kisah tentang dosa membiarkan bukan muhrim aku tengok rambut aku.
aku happy. aku leh ikut trend. rebonding bagai. treatment kejadah. 
DULU, aku boleh pulak main bertepuk tampar ngan member lelaki. disebabkan aku ni agak ganas, aku selalu la main tumbuk tumbuk diorang. haha.
DULU, aku solat ikut mood. time susah, nak exam or masuk pertandingan ape ape, pandai lak aku ingat kat Allah. mintak tolong. time senang? happy? aku enjoy laa
DULU, aku takut sangat masuk kelas agama, yelaa aku bukan terror sangat bab bab agama ni. basic basic boleh laa.
DULU, member member ajak lepak,, ON je.

DULU,,
aku takde laa jahat sangat, tapi nakal laa. dengan dosa dosa aku tu cukup laa tempah tiket masuk neraka.


but one day aku terpikir. sampai bila aku nak jadi camni? dunia ni dah tua. dah kotor. bila bila masa semua yang ada kat dunia ni boleh berakhir. 

aku cuba penuhkan solat. jatuh air mata aku setiap kali aku solat.
 terdetik kat dalam hati nak pakai tudung.
tapi, tiap kali nak keluar, aku sikat rambut, 
terus keluar. 
*******************************************

pagi-pagi time mandi, aku niat "nak pakai tudung laa harini"'
then, duk depan cermin, sikat rambut, pakai sepit bagai. teros p kelas. haishh.

member member and lecturer bagi macam macam nasihat kat aku. 
aku dengar. cuma belum sampai masa.

********************************************
ONE DAY, aku tengok muka aku kat cermin time nak basuh tangan kat kafe. aku rasa tak selesa.
aku benci tengok rambut aku. aku rasa bersalah biaran aurat aku tak bertutup.

beberapa hari pastu, time aku siap siap nak p kelas, aku text papa. 

"papa, kakak nak pakai tudung. ape pendapat papa?"

"baguslah. papa sokong 150%. :) "



masyaAllah. 
aku terdiam. jatuh lagi air mataku. aku terharu. sebelum ni papa tak pernah paksa aku pakai tudung. Rupanya papa sangat mahukan aku pakai tudung. 
Ya Allah, dah banyak dosa aku yang papa kena tanggung. :'(
astaghfirullahalazim.

That day, 26 January 2011, aku nekad pakai tudung. 
ramai orang suka dengan perubahan aku. Alhamdulillah.

perlahan-lahan aku betulkan diri aku. 
dengan semangat aku, sokongan member-member dan bantuan seorang 'SAHABAT', 
aku jadi LIYANA JASNI yang baru. 
Alhamdulillah.

thanks guys. :)



banyak sangat proses aku nak betul betul berubah ni. lau cerita, sampai esok pon tak habis.

NOW, aku still nakal. haha
NOW, aku cuba tutup aurat aku dengan sempurna. InsyaAllah aku kekalkan perubahan aku. 
NOW, aku dah tak main tumbuk tumbuk dah. aku ketuk ngan file or ngan kamus. *uppps. haha
NOW, Alhamdulillah aku sentiasa cuba penuhkan solat aku. Mudah mudahan solatku diterima. :)
NOW, aku suka sangat masuk kelas agama, dengar ceramah, bincang ngan member sal hal agama. dengan cara ni laa aku tambahkan ilmu aku. takde laa jahil sangat. 
NOW, nak lepak aku ON gak tapi ada batas laa. :)

NOW,,
aku cuba menjadi muslimah. aku tau amalan ku belum sempurna.
 still banyak kelemahan aku. 
memang aku bertudung tapi definisi menutup aurat bukan je bertudung. kan?
 aku cuba. aku akan cuba yang terbaik. aku nak ke Jannah.

motif gambar? entah. haha


aku harap aku dapat jadi lebih baik. korang doakan aku ye. 

Dear Allah, if I really in love with you, why didn't my heart feel "I missed you". I dont want to miss somebody more than you my dear Allah. :')

please. guide me to Jannah. 

love you all.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...